Cara Mudah Untuk Gandakan Susu Badan Dengan Pantas Supaya Anda Tidak Perlu Beri Bayi Minum Susu Formula – 5 Tips yang Terbaik!
October 10, 2017

5 Makanan Ini Dapat Tambahkan Susu Badan Anda

Adakah susu badan anda sedikit dan cair? Antara masalah yang sering dirisaukan oleh ibu-ibu adalah susu badan sedikit… Sebab bayi akan kelaparan dan menangis berpanjangan.

Paling stress bila malam-malam je, bayi akan menangis… kadang-kadang menangis terlalu kerap, 2-3 jam sekali mesti menangis. Ibu menjadi stress sebab risau bayi lapar, tak cukup tidur dan rasa letih dan lesu untuk bekerja pada esok harinya.

Sebagai ibu, anak adalah amanah buat anda. Anda wajib berdoa, berusaha dan berikhtiar untuk memberi makanan yang terbaik buat anak anda. Sememangnya susu badan adalah makanan yang terbaik buat bayi anda, jadi anda perlu berusaha untuk tambahkan susu badan anda jika anda ada masalah kekurangan susu.

Sebelum berikhtiar dan berusaha, anda perlu ketahui dulu apakah punca berlakunya kekurangan susu badan. Antara punca utama adalah badan anda tidak cukup zat untuk hasilkan susu badan yang mencukupi untuk bayi anda.

Ini bukan bermakna anda kena makan dengan kuantiti yang banyak, tapi ianya adalah tentang kualiti makanan yang anda makan.

Jadi, untuk tambah susu badan anda perlu ambil makanan yang betul dengan kuantiti yang mencukupi.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 jenis makanan yang boleh bantu anda tambahkan susu badan anda. Bukan je susu badan anda bertambah banyak, tapi kepekatan juga akan bertambah.
Ini 3 makanan yang anda wajib ambil bermula hari ini:

 

#1- Lobak Merah

Lobak merah adalah sejenis sayuran dari keluarga ubi. Lobak merah tinggi dengan khasiat Beta-Kerotina dan vitamin A.

“Hmmmm… jadi apa kaitan dengan susu badan ya?”

Mungkin itu apa yang anda bisikkan dalam hati anda. Sebenarnya, lobak merah adalah sangat diperlukan oleh ibu yang sedang menyusukan bayi. Vitamin A boleh membantu proses pembentukan susu badan.

Bukan je boleh tambahkan kuantiti susu badan, tetapi lobak merah juga boleh meningkatkan lagi kualiti susu badan. Jadi bila bayi anda minum susu badan anda, bayi akan berasa lebih kenyang dan mendapat tenaga tambahan dari susu badan anda.

Anda boleh amalkan meminum jus lobak merah setiap pagi semasa sarapan. Selain itu, anda juga boleh amalkan sup lobak atau jadikan lobak merah sebagai ulam untuk dimakan begitu sahaja.

 

#2-  Buah Betik

Betik sesuai diambil khusus bagi anda yang sedang menyusukan bayi. Betik boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan ia sebgai salah satu bahan untuk dijadikan salad. Anda boleh buat salad yang dicampur dengan betik dan lobak merah.

Buah betik mengandungi zat dan khasiat yang boleh merangsang rasa tenang dan relaks pada diri anda. Kadang-kadang, ada ibu yang menghadapi masalah tak cukup susu badan sebab stress. Ibu yang sedang dalam proses menyusukan anak sepatutnya dalam keadaan tenang yang berpanjangan supaya susu badan dapat diproses dengan baik oleh tubuh.

Sebab itu, amalan memakan betik dapat membantu menambahkan susu badan anda. =)

 

#3- Susu Kambing

Susu kambing ada kandungan lemak yang baik untuk tubuh. Lemak ada dua jenis, iaitu lemak tepu dan lepak tidak tepu. Lemak tidak tepu adalah baik untuk tubuh anda… bahkan ia adalah salah satu zat yang diperlukan oleh tubuh anda.

Susu kambing ada kalsium yang tinggi dan ini dapat membantu menambahkan susu badan anda. Anda digalakkan untuk minum susu kambing berbanding susu lembu kerana kadungan kalsiumnya lebih tinggi.

Untuk menambahkan susu badan, anda boleh amalkan meminum susu kambing 1 gelas pagi dan 1 gelas sebelum tidur malam.

 

#4- Habbatus Sauda

Habbatus sauda atau nama saintifiknya “Nigella Sativa” adalah antara herba yang boleh dijadikan sebagai ubat atau boleh juga diamalkan sebagai makanan tambahan untuk tujuan kesihatan. Ianya boleh dimakan atau disapu untuk kegunaan luaran.

Berdasarkan satu hadith, Nabi S.A.W pernah mengatakan bahawa habbatus sauda adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

Tapi… adakah habbatus sauda boleh membantu mengatasi masalah kekurangan susu badan? Jawapannya boleh… Ini kerana habbatus sauda boleh meningkatkan kadar isian semula susu badan anda, atau dalam erti kata yang lain susu badan akan memenuhi payudara anda dengan lebih cepat.

Setakat yang diketahui, habbatus sauda tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan terhadap tubuh. Namun, ianya tidak bermakna anda boleh mengambilnya secara berlebihan. Ianya tetap perlu diambil dengan dos yang tepat.

Jadi, anda disarankan untuk ambil apa-apa “supplement” yang mengandungi habbatus sauda. Ini kerana dosnya sudah ditetapkan mengikut keperluan tubuh anda.

 

#5- Kurma

Mengikut Hilary Jacobson dalam bukunya “Mother Food”, beliau mengatakan penghasilan susu badan akan menyebabkan berlakunya pengeluaran gula dari darah. Ini juga bermaksud kandungan gula pada darah perlu ditambah secara kerap.

Tapi… anda tidak digalakkan untuk mengambil gula yang diproses seperti gula putih. Sebaliknya, amalkan memakan kurma untuk menambah kandungan gula dalam darah.

Kurma juga mengandungi sejenis asid amino yang bernama Tryptophan… Tryptophan diperlukan oleh tubuh anda untuk menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, ianya juga diperlukan untuk merangsang hormon Serotonin. Hormon Serotonin adalah antara hormon yang tubuh anda perlukan untuk menghasilkan susu badan.

Formulanya begini… Tryptophan yang tinggi = Serotonin yang tinggi = Isi padu susu badan yang tinggi.

Maka… anda disarankan untuk amalkan memakan kurma jika mahu tingkatkan susu badan anda.

Kesimpulan

5 Makanan yang anda wajib ambil jika mahu tambahkan susu badan anda adalah:

  1.  Lobak merah

  2.  Buah betik

  3.  Susu Kambing

  4.  Habbatus Sauda

  5.  Kurma

Untuk lebih mudah, anda boleh cuba amalkan Moeder Milk Booster. 5 bahan ini terdapat pada Moeder milk booster. Moeder milk booster ada 20 bahan campuran yang boleh bantu tambahkan susu badan. Kami sarankan anda cuba Moeder milk booster sebagai ikhtiar anda untuk beri susu badan yang mencukupi untuk anak anda.

 

Whatsapp ke 019-3280470 untuk cuba sekarang. Atau klik pada butang Order Sekarang dibawah