Cara menurunkan berat badan selepas bersalin
May 25, 2016
Cara Mengatasi Hiperemesis Gravidarum Pada Ibu Hamil
May 31, 2016

5 Sebab Ibu Lepas Bersalin Kena Terus Peluk Bayi

Selepas mengharungi kesakitan melahirkan bayi, ramai yang tidak perasan tentang kepentingan ikatan semula jadi yang mesti terjalin buat pertama kali antara ibu dan anak.

Bagaimanapun, jika ibu memilih bersalin di hospital kerajaan, biasanya doktor atau jururawat yang menyambut kelahiran bayi akan terus meletakkan bayi di atas dada ibu untuk tujuan natural bonding; dan memiliki sentuhan kulit ke kulit dengan segera.

Oleh itu ibu yang hendak bersalin perlu tahu kepentingan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebaik dia dilahirkan. Ibu hendaklah percaya kepada naluri hati sendiri.

Berikut adalah cara bagaimana ibu boleh menjalinkan ikatan dengan bayi sebaik dilahirkan.

Pastikan kulit dapat disentuh bayi, Ketahuilah yang suhu badan anda boleh mengawal suhu badan bayi. Jadi jangan risau bayi akan berasa kesejukan.

Fasa ini dipanggil Masa Emas; dan ia penting untuk bayi anda segera mendapat sentuhan kulit ke kulit dan ia memberikan galakkan segera ikatan mesara antara anda dengan bayi buat pertama kali.

Berzikir atau menyanyi, Bayi akan kenal bunyi yang sudah biasa didengarnya sejak dalam kandungan lagi kerana dia tahu bunyi tersebut didendangkan oleh ibu yang sangat menyayanginya.

Hubungan mata jangan dilupakan, Bila seorang bayi dilahirkan, dia boleh melihat sejauh jarak daripada payu dara ibu hingga ke wajah ibu. Jadi, mereka boleh melihat mata anda, melihat reaksi anda dan merasakan kasih sayang ibunya.

Sentuh dan dakap, Peluang mendakap si kecil yang baru dilahirkan memberikan seribu pengertian kepada anda berdua. Bayi akan diam tanda dia berasa tenang dan gembira didakap oleh orang yang selama sembilan bulan hanya didengari suaranya sahaja.

Peranan suami, Sekiranya ibu tidak boleh menyentuh bayi sebaik dilahirkan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, tanggungjawab tersebut boleh diserahkan kepada suami. Suami perlu menggalas tanggungjawab pertama ini dengan melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Selain sentuhan, pentingnya bercakap dan memberikan salam pertama kepadanya.. Bagi yang Muslim, sudah tentu anda akan mengalunkan azan sebagai memuji kebesaran Allah dan bunyi pertama yang mesti didengarkan kepada anak yang baru menjengah dunia.