Kedudukan tidur untuk ibu hamil
May 25, 2016
5 Sebab Ibu Lepas Bersalin Kena Terus Peluk Bayi
May 31, 2016

Cara menurunkan berat badan selepas bersalin

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu ibu selepas bersalin, kebiasaanya mereka akan mengalami kenaikan berat badan yang cukup cepat. Jika tidak diatasi, ia akan menganggu dari segi penampilan dan emosi bagi mereka yang pada awalnya berbadan kurus. Disni kami kongsikan beberapa tips bagaimana cara untuk selesaikan masalah berat badan yang sentiasa membelenggu kaum wanita selepas bersalin.

  • Pertama dengan mengamalkan makan buah buahan atau sayur, ia merupakan salah satu makanan sihat untuk ibu mengandung yang sepatutunya kita memasukkannya dalam jadual pemakanan kita. Waktu terbaik untuk pengambilan buah buahan dan sayur sayuran adalah sebelum dan selepas makan. Ini kerana buah buahan dan sayur sayuran akan membantu tubuh lebih segar dan sihat. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan salah satu cara meningkatkan susu badan untuk lebih banyak lancar.
  • Kedua, dengan melakukan senaman ringan. Senaman ringan ia merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Beberapa senaman ringan yang dapat dilakukan ibu selepas bersalin adalah dengan mengangkat berat, sit up, push up atau mendukung bayi. Senaman seperti ini dapat membantu untuk memejalkan otot badan, mengecilkan perut dan yang utama sekali adalah untuk menurunkan berat badan.
  • Ketiga, elakkan makanan bergoreng, Kerana makanan bergoreng mempunyai lemak dan kolestrol yang tinggi yang membuatkan berat badan susah untuk turun. Ia juga¬† meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh.
  • Yang terakhir, pemakanan amat lah penting sebenarnya untuk kebaikan manusia, jadi untuk sentiasa sihat, rajin-rajin lah kita amalkan gaya hidup sihat ini.