Tips menjaga kehamilan pada usia muda
May 25, 2016
Cara menurunkan berat badan selepas bersalin
May 25, 2016

Kedudukan tidur untuk ibu hamil

Ketika hamil, bakal bakal ibu perlulah menjaga banyak perkara daripada perkara besar sehinggalah perkara yang remeh demi menjaga kesihatan kandungannya. Selain mengamalkan makanan yang baik untuk ibu, bakal bakal ibu juga perlu mengabil berat berkenaan dengan kedudukan tidur ketika hamil. Bagi isu seperti ini, sesetengah pihak  mengatakan bahawa ibu hamil boleh tidur dalam pelbagai posisi apa pun. Namun ada juga pihak mengatakan bahawa ibu hamil perlu melakukan posisi tidur yang betul agar tidak berisiko pada kandungan. Di sini, saya kongsikan beberapa tips kedudukan untuk tidur bagi ibu yang sedang hamil

  • Pertama, tidur secara terlentang, ini kerana tidur secara terlentang merupakan salah satu posisi yang dianggap paling selamat bagi setiap orang tak terkecuali bagi ibu yang sedang hamil. Bagi yang peringkat awal kandungan, tak ada salahnya untuk mencuba kedudukan ini, kerana dapat membuat tidur anda lebih selesa. . Bagi anda yang sudah memasuki usia 16 minggu posisi ini kurang di sarankan, kerana ketika tidur telentang, beban rahim anda akan tertumpu pada bahagian belakang tubuh. Posisi seperti ini agak membahayakan kerana boleh menyebabkan gangguan pada badan, seperti sakit pinggang.
  • Kedua, meniarap, bagi peringkat awal kandungan, mungkin posisi tidur ini sangatlah selesa bagi yang biasa tidur dengan cara seperti ini. Namun jika kandungan sudah mula membesar sudah tentu posisi seperti ini tidak memberi keselesaan bagi mereka.
  • Ketiga, mengiring, adalah posisi tidur yang paling disarankan untuk ibu hamil. Tidur dalam posisi ini tidak akan menyebabkan bahagian badan terbeban, terutamanya ketika kedudukan tidur ke kiri. Kerana pada posisi ini dapat melancarkan peredaran darah karana aliran darah Vena Cava Interior berada di sebelah kanan. Jika peredaran darah dalam badan kita lancar, kandungan juga akan mendapat pengaliran nutrien yang baik daripada ibu mereka sehingga kepada tempoh kelahiran. Tidur mengiring ke kiri juga dapat membantu ¬†untuk mengatasi rasa mual dan muntah ketika hamil.