Program Latihan Social Media Marketing s3 (D2)
April 21, 2016
Kedudukan tidur untuk ibu hamil
May 25, 2016

Tips menjaga kehamilan pada usia muda

Hamil pada usia muda merupakan saat yang sangat merisaukan. Kerana kalau tidak hati-hati, kemungkinan kita akan mengalami keguguran atau perkara yang tak diingini. Sebagai seorang wanita mungkin kita tidak mahu perkara ini terjadi pada diri dan pasangan kita. Jadi kali ini saya akan memberikan beberapa tips tentang cara menjaga kehamilan, Antaranya.

  • Jangan buat kerja berat, kerana pada awal kehamilan wanita sangat mudah lelah bahkan ada pula yang sampai pengsan, ini kerana disebabkan daripada tekanan darah pada wanita hamil sangat rendah.
  • Kedua, jauhi alkohol dan rokok, para wanita yang sedang mengandung dilarang untuk mengambil ubat-ubatan berlebihan, rokok, kafein, minuman beralkohol serta makanan makanan yang dapat membahayakan kesihatan janin. Jika wanita tersebut merokok sewaktu mengandung kemungkinan bayi akan lahir dalam keadaan cacat dan tak sempurna.
  • Ketiga, jaga emosi, semasa hamil emosi wanita menjadi naik turun dan tidak stabil. ini kerana hormon yang tinggi semasa mengandung. Ibu ibu tidak boleh hanyut dalam emosi mereka kerana ia dapat mempengaruhi pertumbuhan janin, sehingga para ibu disarankan untuk mendekatkan diri pada Tuhan, bermesra bersama suami, dan banyak cara untuk mengawal emosi.

Akhir kata, pada usia kehamilan yang masih muda ini, bakal bakal ibu perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, supaya dapat menjaga kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan.