Jom Kenali Bahasa Badan Bayi Anda
August 1, 2018
Makanan Yang Terbaik Untuk Ibu Menyusu
August 1, 2018

Kelebihan Susu Ibu Untuk Ibu Menyusu

Penyusuan susu ibu diiktiraf secara meluas sebagai cara yang optimum untuk memberi makan kepada si bayi.

Impak positif boleh dilihat bukan sahaja kepada bayi, malah juga kepada si ibu yang menyusukan bayi, bapa dan seterusnya sistem penjagaan kesihatan sekeluarga.

Penyusuan susu ibu membolehkan si ibu dan si comel anda mengeratkan ikatan yang istimewa tanpa bandingan, atas sebab penyusuan susu ibu memenuhi keperluan kesihatan dan pemeliharaan.

Istimewa sungguh nikmat susu ibu kepada SI IBU !!!

Dikongsikan disini Enam (6) Kelebihan dan Manfaat yang diperolehi si ibu yang menyusukan bayi.

 

1. Penyusuan Susu Ibu Membantu Mengurangkan Berat Badan

Sebilangan besar si ibu berjaya mengurangkan berat badan ketika proses penyusuan bayi.

Badan si ibu membakar hampir 20 kalori bagi menghasilkan satu ounce susu ibu. Cuba bayangkanlah sekiranya bayi anda menyusu lebih 15-30 ounce sehari, badan si ibu sudah tentu akan membakar sebanyak 350-600 kalori sehari. Banyaknya kalori terbakar!

Meskipun penyusuan susu ibu menuntut pertambahan tenaga ibu sebanyak 350-600 kalori sehari, keseimbangan hormon tubuh sangat berbeza dari kebiasaan.

Atas perubahan hormon ini, wanita yang menyusu mempunyai selera makan meningkat dan mungkin lebih mudah menyimpan lemak bagi pengeluaran susu.

Bagi 3 bulan pertama selepas kelahiran, si ibu mungkin kehilangan berat berbanding ibu yang tidak menyusu dan mereka juga mungkin mengalami pertambahan berat badan.

Walau bagaimanapun, selepas 3 bulan menyusu, mereka mungkin akan mengalami peningkatan pembakaran lemak. Dan seterusnya menunjukkan penurunan berat badan yang ideal.

Oleh itu, manfaat daripada makanan tambahan susu Moeder membantu memberi tenaga dan khasiat yang seimbang kerana kandungannya yang istimewa buat si ibu yang menyusu dan pada masa sama juga ingin kurus!

 

2. Penyusuan Susu Ibu Membantu Pengecutan Rahim

Sewaktu kehamilan, rahim si ibu akan berkembang dari saiz buah pear untuk mengisi hampir seluruh ruang perut si ibu demi si anak yang disayangi. Hebat kasih sayang si ibu buat si anak!

Selepas kelahiran, rahim si ibu akan melalui proses yang disebut involution. Iaitu proses pengembalian uterus ke saiz sebelumnya. Hormon oxytocin yang dihasilkan oleh badan si ibu semasa mengandung, juga membantu proses kelahiran bayi.

Hormon oxytocin juga akan meningkat semasa menyusu. Dan ini menggalakkan pengecutan rahim, mengurangkan pendarahan dan membantu rahim kembali ke saiz asal.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan para ibu yang menyusukan bayi umumnya mengalami kehilangan darah yang kurang ketika kelahiran dan pengecutan rahim yang lebih cepat.

 

3. Si Ibu yang Menyusu Mengalami Risiko Kurang Tekanan

Kemurungan postpartum adalah sejenis kemurungan yang boleh hadir sejurus selepas melahirkan si anak. Ini berlaku terhadap si ibu hampir lebih 15 peratus.

Kecenderungan bagi si ibu yang menyusu kurang mengalami kemurungan berbanding ibu-ibu yang yang tidak menyusu.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa, mereka yang mengalami kemurungan postpartum awal selepas bersalin lebih cenderung mengalami masalah penyusuan hingga melakukannya untuk tempoh yang lebih pendek.

Kajian lain menyokong bahawa penyusuan menyebabkan perubahan hormon yang menggalakkan hubungan kasih sayang dan ikatan mesra di antara  si ibu dan anak.

Dan salah satu perubahan itu adalah peningkatan hormon oxytocin si ibu semasa kelahiran dan penyusuan.

Hormon oxytocin ini sinonim dengan perasaan kasih sayang atau gelaran yang lebih indah, hormon cinta. Ia memberi kesan yang positif dan membuatkan si ibu merasa gembira dan tenang tika menyusukan bayi.

Syoknya oxytocin ini! Pemberian Allah yang tidak ternilai untuk seorang ibu!

Hasil dari hormon oxytocin ini, kadar pengabaian si ibu pada si anak lebih rendah berbanding mereka yang tidak menyusu.

Terbukti kajian menunjukkan kadar penderaan dan pengabaian berlaku tiga kali ganda bagi ibu yang tidak menyusu berbanding ibu yang menyusu.

 

4. Penyusuan Susu Ibu Mengurangkan Risiko Penyakit Si Ibu

Penyusuan susu ibu memberikan perlindungan jangka panjang buat si ibu.

Antara penyakit yang dapat diatasi adalah kanser dan beberapa penyakit lain.

Jumlah masa para ibu yang berkorban dalam penyusuan dikaitkan dengan kadar risiko rendah pada penyakit kanser payudara dan kanser ovari.

Fakta kajian menunjukkan wanita yang menyusukan bayi selama lebih 12 bulan sepanjang hayat mereka mempunyai risiko 28 peratus lebih rendah untuk kedua-dua kanser ini.

Setiap tahun penyusuan berkait dengan kadar pengurangan risiko kanser payudara adalah sebanyak 4.3 peratus.

Kajian lain juga menunjukkan penyusuan susu ibu mampu melindungi penyakit seperti peningkatan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain.

Selain itu, ibu yang menyusu selama satu hingga dua tahun penyusuan, sepanjang hayat mereka dapat mengurangkan kadar penyakit seperti tekanan darah tinggi, arthritis, lemak darah tinggi, penyakit jantung dan diabetis type 2.

Osteoporosis. Wanita yang tidak menyusukan bayi berpeluang empat kali lebih besar kadar osteoporosis berbanding wanita yang menyusukan bayi dan lebih cenderung mengalami patah tulang belakang selepas menopous.

Makanan tambahan susu Moeder mempunyai kandungan membantu si ibu memeriahkan dan memekatkan susu ibu.

Kandungan buah luo han guo didalam susu Moeder ini memberi khasiat dalam memastikan si ibu kekal sihat bertenaga dan dapat hindari masalah penyakit seperti osteopososis.

 

5. Penyusuan Susu Ibu Boleh Menjarakkan Anak

Bagi ibu bapa yang ingin merancang keluarga dan kebuntuan memilih alat perancang apa yang sesuai, sesetengah para ibu menggunakan kaedah penyusuan susu ibu sebagai salah satu cara menjarakkan anak.

KENAPA??

Ini kerana, penyusuan secara ekslusif dan berterusan mampu menghalang proses ovolusi dan kehadiran darah haid.

Namun, tidak semua ibu mengalami perubahan hormon kesuburan selepas kelahiran bayi. Terdapat juga ibu-ibu yang tidak mengalami kedatangan darah haid sehingga tempoh satu ke dua tahun kerana penyusuan secara eskflusif.

Namun begitu, bagi yang memang tekad untuk merancang menjarakkan anak, kaedah ini bukanlah satu kaedah yang sepenuhnya berkesan. AWAS!!

 

6. Penyusuan Susu Ibu Menjimatkan Masa dan Wang Anda

Bagi yang menyusu terus kepada anak-anak, penyusuan susu ibu adalah percuma tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli susu formula.

Penyusuan susu ibu secara terus, tidak memerlukan si ibu atau si ayah untuk bangun malam menyediakan air panas atau membasuh botol susu.

Kaedah penyusuan susu ibu secara terus dengan si comel anda memberi jaminan bahawa susu ibu sentiasa berada dalam suhu yang betul dan sedia untuk diminum.

 

Akhir kalam,

sesungguhnya susu ibu ini diciptakan sesuai dengan keperluan dan kecukupan untuk si ibu dan si anak.  Banyak manfaat yang diperolehi bagi kedua-dua pihak.

Kehebatan susu ibu luar biasa dan harus dimanfaatkan oleh ibu-ibu.

Harusnya setiap ibu berusaha untuk memastikan pengeluaran susu ibu seiring dengan keperluan si comel manja anda!

 

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/nutrition/
  2. Blaauw, R. et al. “Faktor risiko untuk perkembangan osteoporosis dalam populasi Afrika Selatan.” SAMJ 1994; 84: 328-32.
  3. Kramer, F., “Penyusuan susu ibu mengurangkan lemak badan ibu yang rendah.” J Am Diet Assoc 1993; 93 (4): 429-33.
  4. Schneider, A.P. “Faktor Risiko untuk Kanser Ovari.” New England Journal of Medicine, 1987.