Kelebihan Susu Ibu Untuk Ibu Menyusu
August 1, 2018
Susu Ibu vs Susu Formula
August 1, 2018

Makanan Yang Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Setiap ibu di dunia ini mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya. Susu ibu adalah makanan pertama yang si ibu harus berikan untuk si manja.

Namun, kebanyakkan si ibu yang menyusu mungkin mengalami kebuntuan dalam memilih makanan yang boleh dan tidak boleh untuk dimakan. Makanan yang ibu-ibu makan akan diserap oleh si anak yang menyusu.

Adakah si ibu perlukan makanan khas atau berlainan saat menyusukan si manja??

Tidak semestinya!.

Hanya memerlukan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat penting untuk ibu yang menyusu. Atau si ibu boleh mengamalkan makanan tambahan yang sesuai untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya.

Diet yang seimbang boleh diperolehi melalui lima (5) jenis pemakanan yang berkhasiat dan sihat.

 

 

1. Bijiran seperti Oatmeal

 

Bijirin penuh seperti roti gandum, pasta, cereal dan oat dalam pemakanan harian si ibu.

Pemakanan bijirin ini mampu memberi sumber tenaga kepada si ibu yang menyusu.

Kandungan bijirin juga mempunyai nutrien yang boleh dimanfaatkan pada si bayi yang menyusu.

Bijirin juga mengandungi serat yang baik untuk pencernaaan si ibu dan si comel manja.

 

Pengambilan oatmeal boleh di ambil ketika sarapan pagi atau makan malam.

Secawan oatmel (<200kalori) mengandungi 6gm protein dan 4gm serat. Kandungan mineral lain, oatmeal juga kaya dengan zat besi, magnesium dan pelbagai lagi vitamin.

Kandungan zat besi adalah penyumbang utama dalam pengeluaran susu si ibu yang menyusu.

 

Jika anda tidak menyukai oatmeal yang dimasak, anda boleh mencuba cookies oat yang dibuat khas untuk ibu yang menyusu atau ibu hamil. Oatmeal adalah pilihan yang terbaik untuk meningkatkan kuantiti susu si ibu.

 

 

2. Kekacang

 

Menjadi ibu baru kadang-kadang buat kita rasa sedikit kelam kabut. Relax! Tenangkan diri!

Si ibu ambillah kacang dan nikmati makanan ringan ini sebagai bekalan tenaga anda.

Namun teradapat ramai juga ibu yang menyusu bimbang sama ada makan kacang boleh menyebabkan alahan pada bayi mereka.

Menurut web TheBump.com, pakar Dr. Jack Newman menasihatkan bahawa ibu yang menyusu dan mengambil produk kekacang boleh mengurangkan risiko alergi dan sensitiviti makanan pada bayi.

 

Pelbagai jenis kacang boleh diambil. Antara pilihannya adalah badam dan walnut yang paling popular di Malaysia ini untuk memberi lemak baik dan antioksidan untuk si ibu.

Jika anda membeli belah kacang, pastikan baca labelnya untuk mengelakkan pengambilan minyak dan garam yang tinggi.

 

Pemilihan badam atau almond adalah makanan yang terbaik untuk ibu yang menyusu.

Badam ini bukan sahaja manfaat untuk ibu yang menyusu malah pada semua peringkat umur kerana banyak kebaikannya pada kesihatan sejagat.

Pakar mengenyorkan pengambilan badam ketika menyusu kerana sumber yang kaya iaitu protein dan kalsium yang sihat. Ia membantu proses pembesaran bayi anda.

Badam juga mengandungi nutrien mineral yang pelbagai iaitu vitamin E, vitamin B2,B3 dan B1, mineral magnesium, tembaga, fosforus, besi dan zink.

 

Cara pemakanan badam atau walnut boleh dikunyah santai begitu sahaja. Ada juga cara pemakanan yang lebih enak dan sedap untuk dinikmati dengan mencampurkan buah-buahan atau yogurt bersama.

Ianya boleh dijadikan makanan ringan (jajan) yang berguna, sihat dan lazat. Selain ia juga menghalang dari mengambil makanan ringan yang tidak berkhasiat.

*Bagi yang mengamalkan badam ini juga boleh membantu menurunkan badan selepas mengandung tanpa mengganggu peningkatan pengeluaran susu si ibu secara semulajadi!

 

 

3. Pengambilan Sayur-sayuran Hijau

 

Tidak boleh tidak, seorang ibu harus mengambil sayur-sayuran atau buah-buahan dalam pemakanan harian!

Sayuran dan buahan adalah termasuk dalam piramid pemakanan seimbang dan seterusnya bagi mereka yang ingin diet kurus.

Sebolehnya sayuran yang segar supaya kandungan nutrien sepenuhnya diperolehi oleh si ibu yang menyusu bayinya.

 

Sayuran yang disyorkan untuk si ibu yang menyusu adalah sayuran hijau iaitu bayam, kangkung, pak choy, brokoli, daun katuk, kacang panjang dan pelbagai lagi.

Tahukah anda sayuran hijau mengandungi zat besi yang baik untuk kesihatan?

Ya! Setiap 100gm sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium.

Dan ini sangat diperlukan dalam setiap hidangan ibu-ibu yang menyusu!

 

Bayam dan Brokoli

Sayuran hijau yang kaya dengan folid asid. Ia sangat bermanfaat untuk kecerdasan otak bayi dan kandunganya juga bermanfaat untuk mencegah si ibu dari anemia.

 

Daun Katuk

Seeloknya pengambilan daun katuk muda membantu menghasilkan susu yang lebih banyak.

Daun katuk muda ini sangat bagus untuk kesihatan kita. Ini kerana kandungannya ada senyawa aktif.

Kandungan vitamin (A, B, C, K dan pro-vitamin A) dan mineral yang tinggi membantu memberi khasiat dan peningkatan jumlah susu untuk si kecil anda.

Bagi ibu yang menyusu, ia sangat efektif dalam kualiti, mempercepat dan melancarkan penghasilkan susu ibu.

 

Pak Choy

Sayuran ini adalah dalam jenis sawi yang memberi gizi yang seimbang buat ibu yang hamil juga yang menyusukan bayi.

Kandungan zat besinya  yang tinggi membantu si ibu dari mengalami penyakit anemia atau kekurangan darah merah.

 

Kacang panjang

Sayuran hijau ini juga tergolong dalam sayuran kekacang. Kandungan protein dan vitamin K membantu memberi perlindungan kepada bayi dan mempercepatkan kesembuhan pada luka.

 

Sehubungan itu, ramai juga ibu-ibu yang kekurangan masa dan kewangan untuk mendapatkan sayuran-sayuran diatas. Maka, pilihan makanan tambahan Moeder MilkBooster memberi semua khasiat yang diperlukan untuk ibu yang menyusu.

Moeder MilkBooster bukan sahaja berkhasiat kerana antara kandungannya yang adalah Daun Katuk. Malah, ia meransang peningkatan kuantiti susu si ibu dengan lebih pekat, berkualiti dan pastinya lebih meriah!

 

 

4. Pengambilan Buah-Buahan

 

Buahan adalah snek yang paling mudah dan berkhasiat yang boleh diambil oleh ibu yang menyusu.

Pengambilan yang seimbang adalah perlu paling kurang sekali sehari.

Kerana ia pilihan yang mudah dan senang untuk dibawa kemana sahaja. Boleh juga dijadikan JUS BUAHAN yang sememangnya menjadi kegemaran kebanyakkan ibu-ibu yang hamil.

Tidakkah begitu wahai ibu-ibu?

 

Buah-buahan yang seringkali diambil oleh ibu-ibu yang menyusu adalah buah oren dan tembikai. Buah oren dan tembikai mengandungi vitamic C yang tinggi dan kandungan air yang banyak.

Ini menjadikan ianya bernutrisi dan menjadikan si ibu yang menyusu kurang dehidrasi.

Sangat nikmat jika dinikmati segar dan nyaman. Lagi-lagi pada waktu tengahari yang panas terik.

 

 

5. Minum Air Secukupnya

 

Air adalah sumber utama yang amat diperlukan bagi setiap makhluk yang bernyawa.

Adalah lebih-lebih lagi bagi si ibu yang menyusukan bayi.

Ramai juga ibu-ibu mengadu dahaga setiapkali selepas menyusukan bayi.

*Dan diketahui bahawa 70 peratus dari kandungan susu ibu adalah bendalir. Maka keperluan si ibu yang menyusu bayi mengambil lebih 8 gelas air setiap hari atau 2 hingga 3 liter sehari.

Banyak bukan? Tapi itulah saranan yang diperlukan ibu yang menyusu perlu ambil!

 

Selain air suam atau air biasa, pengambilan susu segar juga boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu.

Ada juga resepi yang menjadi kebiasaan diamalkan oleh si ibu yang ingin menambahkan kuantiti dan kulititi susu ibu.

Resepi susu segar dicampur dengan kurma dan badam, kemudian diblend minum setiap hari. Rasanya yang enak, segar dan bertenaga!

 

 

Dan sebaik-baiknya ibu yang menyusu digalakkan mengambil AIR SUAM berbanding air sejuk atau berais. Rangsangan air suam lebih membantu meningkatkan kelancaran pengaliran air susu ibu buat si bayi anda!

Dapat disimpulkan bahawa makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah menjadi keperluan ibu-ibu yang menyusu. Anda busy? Anda superwoman? Yeah!! Oleh itu, susu Moeder Milkbooster adalah makanan tambahan yang berkualiti yang menjadi pilihan ramai kerana khasiat dan kelebihan yang terdapat didalamnya. Ia membantu ibu-ibu yang sibuk dalam menguruskan keluarga dan kerjaya. InshaAllah!

 

 

 

Rujukan:

  1. https://www.babycentre.co.uk/
  2. http://www.chop.edu/pages/diet-breastfeeding-mothers
  3. Goun Jeong et al. (2017). Makanan yang dihalang untuk ibu Menyusu. 60(3)”70-76
  4. http://www.mom365.com/baby/breastfeeding/